Tuesday, June 14, 2011

Preservation&Book Binding (Final Project IMR552)


maria,leena,azma&alia..berposing dgn buku yg telah siap dibinding mereka

masing2 sedang tekun menyiapkan tugasan

ketelitian & kerjasama pelu seiring

salah 1 contoh rekod (pelan rumah) yang telah rosak yang akan dibaikpulih melalui proses 'leafcasting'




Ingat lg x time kita semua kena wat preservation & book binding kat lab? tentu ada yg masih teringat lg bagaimana mereka terkial2 untuk mengingati setiap step yg telah diberitahu oleh En.Jaff & En.Zailan pd awal pembelajaran..ada jugak yg berpeluh2 sebab x pernah pegang jarum besar, takut kena jari katanya..ada yg tersalah jahit, putus benang, kertas tisu terkoyak..dan macam2  lg peristiwa yg berlaku dlm proses menyiapkan tugasan ni..namun, dengan berkat kesungguhan, kesabaran & kerjasama dari ahli kumpulan yg turut membantu, akhirnya kita semua dapat menyiapkan tugasan ini pada  masa yg telah ditetapkan. Memang seronok buat benda ni lebih2 lg bila dapat tengok hasilnya, yg pastinya kita dapat timba banyak pengalaman, pengajaran & pembelajaran dari tugasan ni.

Monday, June 13, 2011

Program Pemantapan Pelajar & Integrasi Komuniti Rekod (i-REC) 2



"semua pelajar rekod WAJIB pergi!!! kalau tak, pihak HEP x akan bagi slip exam nanti!!"
 aduss...tegas betul arahan yg dikeluarkan oleh pihak HEP utk memastikan semua pelajar rekod join program ni, pelbagai keluhan diluahkan oleh pelajar2..al-maklum lah, tarikh yg dipilih untuk buat program ni merupakan study week..nasib baik lah cuma 2 hari je.. nak x nk, semua pelajar terpaksa akur.. tp semua keluhan tu bertukar menjadi keriangan, sampai ada yg xnak balik..nk duk dalam hutan Ulu Yam lebih lama lg. selama 2 hari bercamping di Nur Laman Bestari, Ulu yam, pelbagai XTVT telah dilaksanakan termasuklah Explore Race, Malam kebudayaan, BBQ & sukaneka..mmg sonok sesangat!!! time ni jugak lah akak2 senior mengambil peluang 'menghentam' junior2 mereka..ada yg kena nyanyi, melompat, terjun kolam&mcm2 lg..ape2 pun, program ni sekaligus dapat merapatkan hubungan sesama pelajar & pensyarah rekod.