Tuesday, June 14, 2011

Preservation&Book Binding (Final Project IMR552)


maria,leena,azma&alia..berposing dgn buku yg telah siap dibinding mereka

masing2 sedang tekun menyiapkan tugasan

ketelitian & kerjasama pelu seiring

salah 1 contoh rekod (pelan rumah) yang telah rosak yang akan dibaikpulih melalui proses 'leafcasting'




Ingat lg x time kita semua kena wat preservation & book binding kat lab? tentu ada yg masih teringat lg bagaimana mereka terkial2 untuk mengingati setiap step yg telah diberitahu oleh En.Jaff & En.Zailan pd awal pembelajaran..ada jugak yg berpeluh2 sebab x pernah pegang jarum besar, takut kena jari katanya..ada yg tersalah jahit, putus benang, kertas tisu terkoyak..dan macam2  lg peristiwa yg berlaku dlm proses menyiapkan tugasan ni..namun, dengan berkat kesungguhan, kesabaran & kerjasama dari ahli kumpulan yg turut membantu, akhirnya kita semua dapat menyiapkan tugasan ini pada  masa yg telah ditetapkan. Memang seronok buat benda ni lebih2 lg bila dapat tengok hasilnya, yg pastinya kita dapat timba banyak pengalaman, pengajaran & pembelajaran dari tugasan ni.

Monday, June 13, 2011

Program Pemantapan Pelajar & Integrasi Komuniti Rekod (i-REC) 2



"semua pelajar rekod WAJIB pergi!!! kalau tak, pihak HEP x akan bagi slip exam nanti!!"
 aduss...tegas betul arahan yg dikeluarkan oleh pihak HEP utk memastikan semua pelajar rekod join program ni, pelbagai keluhan diluahkan oleh pelajar2..al-maklum lah, tarikh yg dipilih untuk buat program ni merupakan study week..nasib baik lah cuma 2 hari je.. nak x nk, semua pelajar terpaksa akur.. tp semua keluhan tu bertukar menjadi keriangan, sampai ada yg xnak balik..nk duk dalam hutan Ulu Yam lebih lama lg. selama 2 hari bercamping di Nur Laman Bestari, Ulu yam, pelbagai XTVT telah dilaksanakan termasuklah Explore Race, Malam kebudayaan, BBQ & sukaneka..mmg sonok sesangat!!! time ni jugak lah akak2 senior mengambil peluang 'menghentam' junior2 mereka..ada yg kena nyanyi, melompat, terjun kolam&mcm2 lg..ape2 pun, program ni sekaligus dapat merapatkan hubungan sesama pelajar & pensyarah rekod.

Monday, March 21, 2011

seuntai kata untuk dirasa

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia..
 Alhamdulillah, syukur dipanjatkan pada yang Maha Esa atas nikmatNya memberi ruang masa & kesihatan yg baik maka dapatlah juga Che Ki mewujudkan 1 blog khusus untuk pelajar pengurusan rekod (IS222). Sudilah kiranya anda sebagai pelajar rekod menjadi follower kpd blog ini untuk  kita sama2 dapat berkongsi sebarang idea,masalah, pendapat, tips, foto2 dan ape sj yg b'kaitan. Harapan che ki semoga kita semua dapat memanfaatkan blog ini sebaik mungkin. Sebarang komen @ cadangan untuk penambahbaikkan amatlah dialu2 kan. wassalam. 

Saturday, March 5, 2011

Bakat Cilik






Disebabkan kami semua ni budak yg rajin dan suka wat amal (dah start riak dh..Astaghfirullahal 'azim) maka En.Saiful (pensyarah) juga selaku AJK Masjid Saujana Utama telah menjemput kami untuk membantu sepanjang program Bakat Cilik diadakan di masjid tersebut. Kami berasa seronok kerana berpeluang bermesra dgn org2 kg&AJK masjid di sana yg turut membantu terutama ketika menyediakan juadah nasi arab kepada para jemaah, ada juga sebahagian dari kami yang di amanahkan sebagai pengerusi majlis& juri hakim utk pertandingan bakat cilik  sempena sambutan hari maulidur rasul. bg siswa pula, mereka juga tidak berkeberatan membantu dari segi teknikal dan peralatan. Kami berasa amat berbesar hati dgn layanan pihak AJK masjid di sana dan terima kasih juga kpd En.Saiful Farik yg sudi mengajak kami menyumbangkan sedikit bakti kepada masyarakat setempat di samping mengeratkan hubungan sesama kami.

Tuesday, February 22, 2011

Lawatan sambil Menyelam di Port Dickson




 Memang seronok bila dpt berpicnic dgn rakan2 sekelas, ditambah lg dgn pelbagai acara yg mana sekaligus mengeratkan lg hubungan sesama kita..walaupun cuma sebahagian sj yg ikut namun ianya tetap meriah sbb semuanya sporting..dan kpd kwn2 yg naik banana boat, sudah pasti ianya merupakan kenangan yg sukar untk dilupakan.. InsyaAllah di lain masa kita akn wat kat tmpat lain plak, yg penting smua kena bg kejesama.